5:00 PM

Dialogue AUKU


10:26 AM

Kisah Kasih Seorang Ibu

Asslamualaikum w.b.t..wah..seronok melayari blog-blog sahabat..ada yg terjemahkan blog mereka untuk tatapan umum secara ganas..ada jugak yang menyentuh hati..ada yang politicus bak kata seorang akhi..dan ada yang sempoi-sempoi bahasanya..tapi, aku adalah aku..dan ana memilih untuk terjemahkan blog ini lebih kepada mengajak kita untuk kembali, dalam masa yang sama menyedarkan diri yang makin lama makin alpa..

Ingin kukisahkan di sini, kisah hidupku bersama dua orang insan yang cukup menyentuh hatiku. Mereka itu ialah ibu dan ayah..Wah..rasa sebak la waktu menaip nih..sebab aku cukup rindukan mereka..masakan tidak, sudah lama tidak pulang ke kampung halaman. Sibuk dengan rutin diri di sini..Beruntung sahabat-sahabat yang dekat rumahnya dengan tempat belajar. Ibu dan ayah sudah lanjut usianya..diri di sini, cukup bimbang..bimbang dengan penghidupan mereka..adakah sempurna mereka di sana..tanpa anak mereka yang mereka rindui ini??Lebih-lebih lagi dengan kesihatan ibuku yang kerap kali jatuh sakit..
Pernah sekali, waktu aku menuntut di usm..dalam kesibukan belajar dan berhadapan dengan test pada keesokannya, aku mendapat panggilan.."Adik, mak dimasukkan ke wad"..begini hebat tamparan..kenapa aku terpilih ya Allah.."Dah berapa hari?"..Tanyaku kepada kakak.."dah 2 hari dik"..Lantas, waktu itu jugalah mata ini tidak bisa mengekang air mata yang bakal tumpah..serentak aku teringatkan ayah..seingat aku, aku ada menelefon ayah semalam..ayah tak cakap sepatah apapun tentang mak..Aku cukup hairan dengan sikap ayah..namun aku sedar..inilah pengorbanan..pengorbanan seorang hamba Allah yang bernama ayah untuk seorang anaknya..Ayah tak sanggup untuk khabarkan kepadaku berita kemasukan ibu ke hospital disebabkan kebimbangannya yang tinggi terhadap pembelajaran anaknya di sini..aku lantas mengambil keputusan untuk pulang ke kampung kerana kebimbanganku cukup tidak tertahan..aku meminta tolong sahabat menghantarkanku ke perhentian bas..shukran amin dan jannah..kerana, kehadiranmu di waktu itu cukup menyenangkan hatiku..perjalanan pada pagi tu cukup lama..lama yang teramat sangat dirasakan..tidur tanpa lena...tempat dirasakan tidak selesa..dalam kotak pemikiranku..hanya pengharapan kepada Allah yang utama..fikiran jauh melayang wajah ibu..wajah kekasihku..wajah yang amat kurindui..semua kenangan kembali..entah mengapa..namun, ku cukup sedar, aku teramat merindui pelukannya..sapaannya di muka pintu sewaktu pulang..sentuhan tangannya di waktu bersalaman..dan rasa eratnya ikatan kami tatkala kukucup dahinya..namun, bukan kenangan yang baik sahaja menjelma..tapi, kenangan buruk juga acap kali berebut untuk menyapa..aku layani sahaja kenangan itu..kerana, aku yakin itulah yang buat aku kembali insaf dan muhasabah akan selalu mengiringi..kalau terkenang waktu jahat dahulu..aku rasa akulah yang paling kejam dan jahat..pernah sesekali merasa marah terhadap ibu sendiri..pernah tidak berkata sepatah apa pun terhadap ibu..bila ibu bertanya, aku sekadar mendengar tanpa menjawab..sangat kejam tatkala aku mengimbas kembali kisah itu..alhamdulillah, aku tidak lagi aku yang dulu..namun, anakmu ini sudah mula berubah..aku adalah aku yang sekarang..yang tahu dan faham perasaan seorang ibu..kerana usiaku sudah menginjak dewasa..maafkan anakmu ya ibu..kenangan itu cepat-cepat aku padamkan kerana aku tidak sabar-sabar untuk pulang..abang ipar yang datang menjemput.."ibu sudah balik rumah"..alhamdulillah.."mak da ok ke??".."belum..masih macam biasa..da berbotol-botol doktor masukkan air..pastu mak disuruh pulang"..tatkala itu jugalah air mata mengalir laju tanpa menghiraukan orang lain..ya Allah..waktu ini, hanya padaMu aku memohon..dengan kudratku yang amat lemah ini, tabahkan hatiku sewaktu aku melangkah menuju untuk menatap wajahnya..seperti yang aku jangkakan, kakiku cukup lemah untuk melangkah..wajahku tidak sanggup untuk menatap..bibirku tak bisa untuk berkata-kata.."ya Allah..adakah ini ibuku??"..selepas aku menatap untuk sekali imbas, aku terus menuju ke bilik..aku tak tahan..tak tahan ya Allah..besar ujian yang kau timpakan ini..air mata mengalir laju..dalam hati...aku berbicara..bolehkah aku tidak ingin menatap wajahnya lagi..kerana aku cukup sedih melihat keadaannya..yang tak seperti sedia..yang senyum manis bila aku pulang..yang sedia menunggu di muka pintu..yang menghulurkan tangan untuk ku cium..yang mempersiapkan wajahnya untuk ku kucup..yang mulutnya berkata-kata untuk melepaskan rindu..yang redup matanya untuk melafazkan sayang..tapi kini..semua itu angan-angan semata..hanya sekadar mimpi cuma..tubuh yang sihat seperti dulu tidak lagi tercegat di muka pintu untuk menyambut kepulangan anakknya..tidak ada lagi wajah yang tersenyum..tidak ada mata yang redup untuk merenung lagi..yang ada hanyalah tubuh badan yang lemah dan tidak berdaya di atas tilam empuk..yang ada hanya tangan yang tak bisa diangkat..bibir yang terkatup rapat..dan mata yang terpejam.."mak letih..da banyak hari tak makan.."..kedengaran kakakku menyahut di belakang..aku sekadar diam..merenung wajah ibu dan tidak mampu berbuat apa-apa..hanya Allah yang tahu segalanya..tatkala aku mencium tangan yang sepi itu, ibuku tersedar...alangkah bahagia di kala itu...saat yang paling bahagia ku rasakan..ibu memalingkan wajahnya ke arah ku..ibu sekadar tersenyum tawar..aku hanya menahan sebak...tiada sepatah kata yang keluar dari bibirnya..3 hari yang kulalui di rumah, tidak seperti dahulu..cukup kecewa..tidak ada yang ingin bergurau senda..tapi kesedihan pula yang sentiasa bersama..

Sahabat-sahabat yang aku kasihi..kehidupanku tidak sama seperti kalian..kisah kalian mungkin jauh lebih baik daripada ku..mungkin juga kisah kalian jauh lebih mencabar dari ku..tapi, itulah lumrah kehidupan...yang pasti, kita tetap perlu mengharunginya sehinggalah tamat tempoh kita berada di dunia ini..semoga kalian tetap tabah menghadapi dugaan hidup yang telah ditentukan ini..urm..ana nak minta tolong sahabat-sahabat supaya mendoakan kesejahteraan ibu bapa kita..Semoga mereka dipanjangkan umur..Semoga Allah memaafkan kesilapan kita yang telah lalu..Allah telah menghantarkan mereka kepada kita, untuk membuktikan sayangnya Allah pada kita..doakan ibu ana sama yuk...dia sering sakit lagi..hanya telefon pengubat rindu kami..huhu..wassalam..sekadar perkongsian...moga dijadi iktibar..